Ikot meh!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

picture source [ezhan-artwork]


Assalamualaikum. W.B.T

eh2! dah 1 Ogos? maknanya dah masuk bulan yang kita tunggu2 kan? jap! korang tunggu ke x ekk? soalan cepuk-emas :) macam mana kalau aku anggap korang tunggu, x pe kan beranggapan baik? tunggu bulan puasa atas sebab apa? cuba la bagitau sikit. tunggu time bangun sahur; muka kelat, makan berat2? atau tunggu time tengah hari; sibuk fikir nak berbuka apa, duduk tanpa melakukan kerja? kalau x pun tunggu time nak pergi bazar; apa nak beli, nafsu x bertepi. hahahaha

eh2, bukan ke bulan Ramadhan ni SYAITAN DURJANA dah diikat, dirantai, dipenjara? masih bernafsu lagi? (nafsu ada banyak jenis ye) ini bukan kerja syaitan la ni. itu namanya, bisikan syaitan dah sebati dalam diri. aku tak tuju kat mana2 pihak. kadang2, aku pun ade gak TER-fikir seperti di atas. manusia biasa. x lari dari kesilapan kan?

Ramadhan = Puasa + ibadah extra
aku nak share sikit ye. tadi masa terawih 1st (untuk tahun ni) , aku pegi solat kat surau kampung aku. penuh la jugak hari pertama ni. ade la aku terdengar makcik2 ni berborak.

Acik L : ramai gak ye malam ni?
Acik J  : alaaaa... minggu pertame ni boleh le kak L.. esok luse?
Acik A : aah kak J. yang nak buat kuih lain, penat le.. datang bulan le. owang pompuan. biase leeee
~(sila baca dalam nada makcik2 tgh berborak ye)
~~ (bukan ini yang aku nak share haha)


aku sengih je duduk tepi sliding door. jauh dari mama. kalau anak dara lain, semua duduk celah mak2 nye. bagi la mak2 duduk saf depan. kot2 diorg nak bergossip ke kan? hahaha udah la cerita makcik2 ni. selang antara rakaat ke 4 dan ke 5 (sunat terawih) Imam Muda kampung aku ada bagi sikit tazkirah. kira macam dia nak cerita fadhilat Ramadhan dan terawih la. tapi untuk hari pertama, dia cerita sirah tentang puasa.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [Surah Al-Baqarah :183]

aku pasti korg semua pernah dengar terjemahan ayat di atas kan? so, begitulah kewajipan yang patut kita lakukan sepanjang Ramadhan ni. puasa ni bila2 pun boleh (kecuali hari2 yang haram berpuasa). tapi seperti yang kita tahu, berpuasa di bulan Ramadhan ni salah satu Rukun Islam kita kan? maka, dengan itu, wajib lah buat. aku ni bukan alim ulama', tapi setakat mana yang aku mampu buat dan juga membantu mengingatkan kawan2 je. ada asas dari sekolah yang banyak ajar aku mendalam tentang Islam, tapi aku akui, banyak yang aku x pratikkan. ambil iktibar la ye. jangan jadi macam aku. cukup mengaibkan diri sendiri. kita nak cerita pasal kenangan Ramadhan. jom2.

kawan2, mesti korg banyak pengalaman tentang bulan puasa kan? x kira lah masa kanak2 ke, zaman pra-remaja ke. meh share jom. aku nak buat challenge. siapa2 terbaca atau sengaja baca entry aku yang ni, korg kena buat satu entry bertajuk RAMADHAN BUAT AKU dan ceritakan apa2 pengalaman korg yang ade kaitan dengan bulan Ramadhan dan puasa. amacam? ada bran? haha bajet blogger top ke ape nak buat challenge? lantak lah! x kira. nak korg buat jugak hahaha.

aku banyak sangat kenangan. dari kanak2 sampai la ni. masa kecik2, macam biasa la.. puasa yang yok, pagi2 bukak piok. hahaha bangun sahur, baca doa beria2, makan banyak2 sebab takut lapar siang nanti. alih2, tengah hari, toleh kiri kanan, x ada orang, bukak peti ais, bukak tudung saji. hahaha. ini pengakuan okay! itu masa kanak2. siap boleh fikir; 'alah, belum baligh, mak ayah tanggung dosa.' amboi! kemain lagi pemikiran masa tu. tak kesian kat parents langsung. (sorry mama n papa, masa tu pemikiran tak matang T_T).

itu masa kanak2. masa remaja? cakap pasal remaja, mesti lah korg faham kan. bagi yang perempuan la. mesti la ade PMS time right? kena la memonteng. apa orang kata. ABC (Allah Bagi Cuti) hahaha. okay. bila teringat, masa Form 3. da la dapat ponteng, budak dorm semua pulak puasa, punya la lapar petang2 lepas kelas tu. dalam locker ade Cadbury. haha stock nak makan masa study la konon. aku amek keputusan, makan coklat tu di sebalik pintu locker. yang best nye, locker betul2 depan pintu. masa tengah nak suap tu, akak dorm bole masuk plak ikut pintu tu. KANTOI! malu gila! sekali dia hulur tangan, mintak sikit. hahaha memonteng sekali nih! x best kan cerita aku? kisah apa aku! haha sorry2. x marah pon :)

masa kat matrik pun aku ada kenangan :) masa bulan puasa kat matrik, aku tekun pegi belajar kat library dengan prak-mate aku. Anuar n Ajim. biasanya kami bertiga. study sampai lebam, padahal kelas penuh, x ada gap pulak. memandangkan bulan puasa, aku pun tak pegi training badminton, jadi lepak library la. jadi nerdy! yang bestnya, bila lepak library dan metelaah ni, rasa sekejap je satu hari. pegi kelas pagi2, lunch, solat, kelas tgh hari pastu lepak library sampai agak2 pukul 6, terus pergi bazar. hahaha SERONOK! aku rindu la KMNS!!! ada satu lagu yang membuat aku akan teringat peristiwa lepak library ni. LUCKY from Jason Mraz and Colbie Caillat. kalau dengar lagu ni, mesti tersenyum lebar, teringat gelagat Anuar dan Ajim. hahaha Ya Allah, kalau lah boleh teruskan kat matrik sampai bila2.

meningkat dewasa. Ramadhan 2009. ada 'seseorang' sanggup duduk sebulan kat Melaka, hanya untuk bersahur, berpuasa dan berbuka dengan aku. sampaikan beraya pun kat sini. aish! tak nak ingat, tapi apakan daya. kompem2 la teringat ye dak? he's my ex. dah kahwin dah pun. so, x mau cerita panjang pasal dia. yang lalu, biarkan je.

cukup. aku dah x mampu nak menyingkap satu persatu memori dalam hard disk aku ni. dalam sangat dah memori nye. apa2 pun, itu semua mengajar aku erti hidup :) so kawan2, jom la cerita2 jugak! nanti dah buat entry, tag aku ye :) Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti buat anda sekalian dan ahli keluarga.



with love,








zayanie